Opiat ialah dadah yang diperolehi daripada popi opium atau opium poppy. Dadah ini mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang.
Opiat ialah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin, Heroin dan seterusnya Kodein.
JENIS - JENIS OPIAT
Opium (candu)
Heroin (fit, ubat, panas, stuff)
Morfin (pokteh)
Kodein (ubat batuk)
APAKAH DADAH - DADAH DALAM KUMPULAN OPIAT
Dadah ini boleh dibahagikan kepada semula jadi, semi sintetik dan sintetik. Badan kita juga menghasilkan opiat, dan dikenali sebagai opiat endogen seperti endorfin, enkephalins dan endorfin. Di bawah adalah beberapa contoh dadah.
Dadah
Opiat Semula jadi :
Ø
Morphine
-
Kebiasaanya digunakan sebagai ubat tahan sakit.
Ø
Codiene
-
Mempunyai sifat penahan batuk dan sakit.
- Biasanya campuran ubat
batuk mengandungi dadah ini dan satu lagi bahan yang dipanggil promethazine.
Semi Sintetik Opiat Yang
Diproses Dari Morphine
:
Ø
Heroin (diacethymorphine)
-
Sejenis dadah yang dikenali sebagai H, fit, ubat, dope,
putih cina dan lain-lain.
-
Mudah ketagih.
-
Penggunaan heroin yang kerap selama seminggu sudah boleh
mengakibatkan ketagihan.
Ø
Oxycodone, Hydrocodone
-
Boleh diperolehi dalam bentuk tablet,
digunakan sebagai ubat tahan sakit dan selalunya disalahgunakan.
Opiat Sintetik
Ø
Fentanyl
-
Kebiasaannya digunakan sebagai ubat tahan sakit dan juga sebagai
gantian ubat bagi merawat pesakit yang ketagih dadah jenis Opiat.
Ø
Methadone
-
Kebiasaannya digunakan untuk merawat pesakit ketagihan dadah
jenis Opiat.
Ø
Bupronorphine
-
Kebiasaannya digunakan untuk merawat pesakit ketagihan dadah
jenis Opiat.
Ø
Loperamide
-
Kebiasaannya digunakan untuk merawat diarrhea,
tidak memberi kesan negatif kepada otak.
Ø
Tramadol
#AadkPerlis
#SayangiDirimu
No comments:
Post a Comment