METHAMPHETAMINE / METAMFETAMIN
Ianya merupakan sejenis (psikotrapit) dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi Metamfetamin ialah Meth. Metamfetamin asli berbentuk serbuk atau kristal dan biasanya disedut melalui hidung, disuntik atau dihisap untuk mendapatkan kesan keseronokan dan khayal. Metamfetamin dicipta oleh ahli kimia Jepun A. Ogata pada tahun 1919.
NAMA - NAMA LAIN
Metamfetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.
Di Malaysia Metamfetamin dikenali sebagai syabu atau shabu. Nama panggilan jalanan ialah Meth, Sejuk, Batu, Ice, Barang dan Kristal.
KESAN SYABU PADA KESIHATAN
1. Mental dan emosi :
Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.
2. Kepala :
Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.
3. Fizikal:
Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan.
4. Saraf :
Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).
5. Jantung dan salur darah :
Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.
6. Perut dan sistem penghadaman :
Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.
7. Sistem peranakan (wanita) :
Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.
#AadkPerlis
#SayangiDirimu
No comments:
Post a Comment